Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Empat hari tak mandi beri ilham Jamal lancar 'BERSIH7'

Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos yang ditahan reman selama empat hari mengaku tidak mandi selama empat hari ketika berada dalam tahanan.

"Yang pertamanya nak bagitahu saya dan empat hari tak mandi," itu perkara pertama diperkatakannya selepas beliau dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, hari ini.

Tempoh empat hari dalam tahanan juga memberikan ilham untuk Jamal melancarkan kempen baru yang dinamakan 'BERSIH7'.

Jamal mengumumkan kempen itu akan dilancarkan untuk "menyelamatkan Selangor" esok.

Pelancaran tersebut akan dibuat di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam pada jam 3 petang untuk memberitahu rakyat negeri itu perlu diselamatkan daripada "kerajaan yang mendustai rakyat".

Kata Jamal, ini kerana kerajaan negeri masih belum menunaikan janji seperti terkandung dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum ke 12 dan 13 lalu.

Jamal bagaimanapun berkata beliau tidak mengharapkan kehadiran yang ramai kerana esok hanya akan menjadi majlis perasmian kempen tersebut.

Jamal juga berkata pihaknya akan mengadakan siri jelajah di 700 lokasi di seluruh Selangor.

Tujuh tuntutan pada kerajaan Selangor

Ditanya mengapa kempen itu dinamakan 'BERSIH7', Jamal berkata ia kerana mereka membuat tujuh tuntutan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

"Inilah gambaran BERSIH yang sebenarnya bukan macam BERSIH kuning yang mereka buat.

"BERSIH7 adalah benar-benar bersih. Kerajaan yang dustai rakyat perlu dibersihkan supaya memperingatkan pengundi tak lagi undi (mereka)," katanya.

Antara tujuh tuntutan itu adalah kerajaan yang bersih dan telus, mengotakan janji yang dibuat pada pilihan raya umum ke-13 dan keperluan mendapatkan air bersih dan rumah mampu milik.

Seperti dipamer pada kain rentang yang dibawa ke IPD semasa pembebasan Jamal hari ini, beberapa dakwaan dibuat terhadap kerajaan Selangor.

Ini termasuk salah guna wang rakyat, amalan kronisme dan pentadbiran kerajaan negeri yang tidak teratur.

 

 

Lihat Komen
ADS