Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M: K’jaan mungkir janji, tahan Maria di bawah Sosma

Kerajaan telah memungkiri janji untuk tidak menyalahgunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) dengan menahan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah di bawah Akta itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Itu janji bertulis yang diabaikan oleh kerajaan apabil mengisytiharkan undang-undang ini," kata Dr Mahathir pada satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Katanya, menteri yang bertanggungjawab ke atas portfolio undang-undang ketika itu, Datuk Seri Nazri Aziz berikrar di Parlimen pada tahun 2012 bahawa tiada siapa akan ditangkap atau ditahan di bawah Sosma semata-mata kerana kepercayaan politik atau aktiviti mereka.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan kini menyalah-gunakan undang-undang ini bagi menahan Maria, yang katanya tidak melakukan apa-apa untuk layak dikurung seorang diri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS