‘Yang kotor itu Jamal. Bau busuk dari jauh’

       

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemimpin gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos sepatutnya membersihkan dirinya 15 kali sehari kerana keadaannya yang "kotor".

“BERSIH dah cukup bersih.

“Yang kotor itu Jamal. Dia patut mandi sehari 15 kali. Bau busuk dari jauh,” kata Dr Mahathir dalam satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas mengenai pembebasan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu yang hari ini dilepaskan daripada tahanan reman polis dan berikrar akan melancarkan kempen baru "Bersih7" untuk "menyelamatkan Selangor".

Jamal pada sidang akhbarnya mendakwa bahawa tidak mandi selama empat hari ketika berada dalam tahanan.

Mahathir juga mengulas beberapa kenyataan menteri Umno yang mendakwa bahawa penglibatan Mahathir dalam perhimpunan BERSIH5 Sabtu lalu adalah punca mengapa peratusan keluar jauh lebih rendah berbanding dengan BERSIH4.

"Kerana kemampuan menteri-menteri kita sekarang untuk mengira sehingga 1000 adalah terhad, jadi apabila angka melebihi 1,000 mereka tidak dapat mengira," katanya.

Mendakwa terdapat 100,000 peserta yang hadir pada perhimpunan BERSIH5, beliau berkata menteri-menteri itu boleh melihat gambar dan membesarkannya lalu mengira.

Malaysiakini menganggarkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 40,000 orang pada perhimpunan itu pada kemuncaknya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata kehadiran Mahathir adalah sebab utama kejatugan para peserta sehingga hampir 97 peratus.

Menteri Belia dan Sukan Khairul Jamaluddin Abu Bakar secara sinis mengucapkan tahniah kepada Mahathir kerana berjaya merampas perhimpunan tersebut.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda