Bersedia berdepan dengan tindakan polis, kata IGP
Peserta nyalaan lilin menuntut pembebasan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah perlu bersedia berdepan dengan tindakan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Khalid, pada dua hari lalu, menegaskan bahawa nyalaan lilin yang berterusan di Dataran Merdeka adalah perhimpunan haram, sambil mengulangi bahawa polis akan mengambil tindakan.
"Saya dah muak beri amaran, pernah saya sebut semalam dan sebelumnya, tak ada amaran lagi termasuk mereka yang pakai lilin dan sebagainya.
"Jadi, bersedialah (berdepan) dengan tindakan (polis)," katanya dalam satu sidang media hari ini.
"Kita dah cakap bahawa sebarang perhimpunan perlu ikut peraturan, dan kalau semua tak mau ikut peraturan, dan kalau semua tak mau ikut peraturan, undang-undang, apa gunanya undang-undang.
"Dah penat beri amaran, jadi bersedialah (berdepan) dengan tindakan," tegasnya

