Presiden MCA Liow Tiong Lai diselar kerana mengatakan akan mengundi rang undang-undang yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jika kerajaan yang membentangkannya.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata kenyataan Liow "sangat mengejutkan, sukar dipercayai, tidak berprinsip dan tidak bertanggungjawab.

"Perisytiharan sebegitu mengukuhkan kebimbangan umum sama ada MCA dan parti-parti BN yang lain boleh dipercayai dan tidak berkompromi dalam mempertahankan dan mendukung prinsip perlembagaan sekular Malaysia dengan Islam sebagai agama rasmi negara," kata Lim dalam satu kenyataan.

Menurut Straits Times hari ini, Liow, yang sebelum ini mengancam untuk meletakkan jawatan jika RUU itu diluluskan, dilaporkan berkata, "Jika kerajaan ke arah rang undang-undang yang sama, ia akan dilakukan berdasarkan semangat Perlembagaan Persekutuan, jadi saya akan undi untuk itu "

MCA menentang sekeras-kerasnya Rang Undang-Undang Ahli persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355, yang memberi laluan kepada Kelantan melaksanakan undang-undang hudud.

Lim mendakwa terdapat spekulasi bahawa parti pemerintah akan mengemukakan RUU itu sebagai rang undang-undang kerajaan.

Beliau mempersoalkan sama ada MCA dan parti-parti BN yang lain telah bersetuju dengan perjanjian tersebut dan memberi kuasa kepada Umno untuk berbuat demikian, atau Umno akan membuat keputusan secara unilateral.

[Baca berita penuh]