Bicara kes Khalid Samad lwn Hasan Ali, Isnin ini
Saman fitnah anggota parlimen Shah Alam Khalid saman terhadap bekas exco Selangor Datuk Hasan Ali akan didengar Isnin depan.
Perbicaraan itu akan dijalankan di depan Hakim Datuk Hue Siew Kheng selepas proses mediasi terakhir gagal mencapai kata sepakat hari ini.
Peguam Khalid, Faiz Fadzil berkata kedua-dua mereka hadir di hadapan timbalan pendaftar tetapi gagal mencapai sepakat dalam mediasi yang melibatkan tuntutan permohonan maaf dan bayaran ganti rugi.
Saman itu difailkan April lalu susulan Hasan dituduh mendakwa Khalid menyokong penjualan arak secara haram, menyokong pusat judi dan urut di Selangor.
Khalid, pengarah komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), mendakwa ucapan fitnah itu dibuat dalam ceramah di Shah Alam pada 2012.
Katanya, rakaman video itu kemudian disunting dan dimuat naik ke Youtube dan boleh dicapai dengan mudah oleh orang ramai.
Khalid berkata ucapan Hasan itu tidak berasas, tidak benar dan merosakkan reputasi serta nama baiknya.
Plaintif juga mendakwa kenyataan Hasan menggambarkan beliau sebagai pemimpin anti-Islam dan mengkhianati agama kerana mempertahankan tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Khalid dan Hasan pernah sama-sama bergiat dalam PAS tetapi dilaporkan sering berbeza pandangan sebelum ini.

