Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian tegas kerajaan terhadap isu penghapusan etnik Rohingya di Myanmar.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata ia adalah lebih mudah bagi Malaysia, sebagai rakan serantau Myanmar, untuk berdiam diri mengenai penderitaan etnik Rohingya.

"Dalam mendepani diplomatik, ekonomi dan persahabatan, bukan menentang musuh seperti Israel tetapi seorang rakan serantau di mana lebih mudah untuk duduk diam, ia memerlukan keberanian bercakap menentang kekejaman dan menyokong kemanusiaan," Khairy berkata dalam ucapan khasnya di Wacana Belia Antarabangsa di Kuala Lumpur 2016 di PWTC hari ini.

Wisma Putra semalam mengeluarkan kenyataan mengutuk keganasan di Rakhine, Myanmar dan akan memanggil duta Myanmar bagi menyampaikan kebimbangan Malaysia terhadap isu itu.

Ia juga berkata Menteri luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman akan bertemu Menteri Luar Myanmar, Aung San Suu Kyi secepat mungkin.

Khairy berkata kenyataan keras dari Wisma Putra hampir melanggar dasar tidak campur tangan Asean.

"Tetapi kami membuat keputusan melakukannya kerana ketika ucapan perdana menteri dalam mesyuarat kabinet semalam, cara Asean dan dasar tidak campur tangan tidak boleh lebih tinggi berbanding mencegah penghapusan bangsa dan etnik di Myanmar," katanya semasa sesi soal jawab.

[Baca berita penuh]