Ketua eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes mendapat peluang yang jarang-jarang diperoleh pihak lain, iaitu bersemuka dengan Paus Francis.

“Anthony Francis Fernandes akan jumpa Paus Francis, Sabtu.

"Betapa 'cool',” tulisnya dalam bahasa Inggeris di Instagram hari ini.

Bernada teruja, Tony berkata, banyak perkara boleh dipelajari daripada pemimpin tertinggi bagi umat Kristian Katholik yang terkenal dengan sikap terbukanya itu.

Beliau juga secara berseloroh berkata mungkin beliau patut bertukar penutup kepala dengan paus.

“Ha, ha, ha, ha! Bagaimanapun saya tak fikir begitu,” katanya lagi.

Tony turut memuat naik gambar paus Francis di laman sosial beliau itu.