Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Rumah jadi destinasi pertama Maria
Diterbitkan:  Nov 28, 2016 5:22 PM
Dikemaskini: 9:47 AM

Selepas dibebaskan daripada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), Maria Chin Abdullah hari ini memilih pulang ke rumahnya terlebih dahulu.

Peguam Datuk S Ambiga petang ini memuat naik gambar saat-saat gembira beliau bersama keluarga setelah 10 hari berpisah.

“Dan Maria pulang ke pangkuan keluarganya!" tulis Ambiga dalam bahasa Inggeris.

Dalam kemas kini melalui siri tweet beliau, Maria kelihatan berpelukan disambut anak-anaknya di muka pintu rumah mereka di Petaling Jaya.

Maria pulang ke rumah dengan memakai baju BERSIH5.

Seorang anaknya turut berpakaian sama.

Pengerusi BERSIH dibebaskan selepas ditahan selama 10 hari.

Maria ditahan sebelum ini selepas ditahan Sosma selepas serbuan di pejabat BERSIH di Petaling Jaya.

Penahanan itu dibuat sehari sebelum perhimpunan besar BERSIH5 pada 19 November lalu.

BERSIH disiasat atas dakwaan mengancam demokrasi berparlimen selepas dituduh menerima wang daripada hartawan George Soros.

Sementara itu, Maria juga dijangka hadir ke Dataran Merdeka malam ini bagi menyatakan penghargaannya terhadap orang ramai yang terus berkumpul mendesak pembebasannya.

“Jumpa fi Dataran Merdeka 8 malam ini!” menurut BERSIH di Twitter gabungan itu.
 

Maria Chin bebas

Lihat Komen
ADS