Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liow mungkin dijadikan 'musuh Muslim'
Diterbitkan:  Nov 29, 2016 9:04 PM
Dikemaskini: 1:09 PM

Sebuah pertubuhan mengancam untuk mengisytiharkan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai "musuh orang Islam" dan berkempen untuk menjatuhkannya pada pilihan raya umum akan datang.

Amaran daripada Yayasan Ummah Prihatin Pahang (YUPP) itu turut ditujukan kepada semua calon MCA yang bertanding di negeri itu.

Dalam kenyataan pertubuhan itu hari ini mereka menuntut Liow menarik balik dan meminta maaf atas kenyataan dibuatnya menentang rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta 355 dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Sekiranya Datuk Seri tidak menarik semula dan enggan memohon maaf kepada umat Islam atas kenyataan penentangan terhadap RUU355, maka kami mendesak agar Datuk Seri meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet tanpa menunggu pembentangan usul pada sesi sidang parlimen bermula Mac 2017.

"Eloknya Datuk Seri mengakhiri perkhidmatan sebagai menteri kabinet selewat-lewatnya 31 Disember 2016," kata Presiden YUPP, Shamsuddin Moner.

Jika gagal melakukannya sehingga hari terakhir tahun ini, Shamsuddin berkata, YUPP akan mengisytiharkan - pada 1 Januari 2017 - Liow sebagai musuh umat Islam.

"Dan kami akan berkempen dan memastikan dalam pilihan raya umum ke-14 nanti pengundi Islam di Bentong tidak memberi undi kepada Datuk Seri dan semua calon MCA di Pahang," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS