FBM KLCI 'terjerumus' ke zon negatif pagi tadi
Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada pagi tadi 'terjerumus' ke dalam zon negatif setelah sentimen pasaran tempatan kekal berhati-hati dengan kekurangan pemangkin baharu.
Pada sekitar jam 10 pagi, FBM KLCI menjunam sebanyak 4.88 mata kepada 1,622.05 mata dengan bilangan kaunter yang mengalami kerugian mengatasi untung, memetik laporan oleh The Edge Markets.
Antara kaunter yang paling terkesan ialah Panasonic Malaysia Manufacturing Bhd, SAM Engineering & Equipment Bhd, LPI Capital Bhd, Bintulu Port Holdings Bhd, Petronas Dagangan Bhd, Malaysia Smelting Corporation Bhd, Petronas Gas Bhd, CSC Steel Bhd, Karex Bhd dan Lafarge Malaysia Bhd.
Saham-saham yang aktif termasuk Green Packet Bhd, RGB International Bhd, AirAsia X Bhd, AT Systemization Bhd, Borneo Oil Bhd, Vivocom Intl Holdings Bhd, Malaysia Building Society Bhd dan DRB-Hicom Bhd.
Di sebalik itu, kaunter paling untung pula termasuk Ajinomoto Malaysia Bhd, British American Tobacco (M) Bhd, Dutch Lady Milk Industries Bhd, PPB Group Bhd, Keck Seng (M) Bhd, Hong Leong Industries Bhd, UMW Holdings Bhd dan AMMB Holdings Bhd.
Reuters pula melaporkan, saham-saham di rantau Asia menunjukkan peningkatan pada hari ini dengan mencerminkan berita pertumbuhan rancak Amerika Syarikat sementara harga minyak stabil selepas negara-negara pengeluar komoditi itu cuba untuk mengurangkan pengeluaran.

