SPRM PP cari anggota polis untuk perbicaraan kes
Diterbitkan: Dec 1, 2016 12:47 PM | Dikemas kini: Dec 1, 2016 12:50 PM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang sedang mengesan seorang anggota polis untuk menghadiri perbicaraan satu kes di Mahkamah Rayuan.
Pihak SPRM mahu mengubungi Mohamad Izranazezi Ismail, 28, dari Kampung Lalang, Batang Merbau, Tanah Merah, Kelantan.
Dalam satu kenyataan, SPRM berkata anggota tersebut dikehendaki hadir di mahkamah pada 9 Disember ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, K.Tavamalar di talian 04-2271982.
- Bernama

