Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pua: BN guna 'strategi Nazi' untuk tutup skandal 1MDB
Diterbitkan:  Dec 2, 2016 11:27 AM
Dikemaskini: 3:30 AM

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua membidas Umno dengan berkata BN yang menggunakan strategi propaganda Nazi untuk menutup skandal 1MDB.

Pemimpin DAP itu mengulas ucapan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung parti itu di mana beliau menuduh pembangkang menggunakan strategi Nazi untuk menyebarkan pembohongan mengenai kerajaan.

"Apa yang didakwa oleh pembangkang, terutamanya mengenai penyalahgunaan kewangan berkaitan dengan 1MDB dan SRC International oleh Presiden Umno ... terbukti benar dan tidak pernah dinafikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Sebaliknya, yang menggunakan 'pembohongan besar' cara Nazi adalah Najib," kata Pua dalam satu kenyataan malam semalam.

Najib setakat ini menafikan sebarang salah laku atau mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Baca perlembagaan DAP

Pua juga mengulas ucapan Najib pada Perhimpunan Agung Umno yang berkata jika DAP berkuasa, hak-hak dan institusi Melayu akan musnah.

Pua berkata Najib juga mendakwa perlembagaan DAP tidak menyebut mengenai Islam sebagai agama persekutuan, mempertahankan institusi raja-raja Melayu serta hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

Bagaimanapun, Pua menegaskan bahawa perlembagaan DAP jelas menyatakan parti itu akan mendukung Perlembagaan Persekutuan, yang meliputi peruntukan mengenai Islam sebagai agama persekutuan, institusi raja-raja Melayu dan hak istimewa masyarakat bumiputera.

Pua berkata DAP juga mengulangi komitmennya kepada isu-isu ini dalam Deklarasi Shah Alam pada tahun 2012.

"Apakah Najib buta huruf sehingga beliau tidak dapat memahami apa yang telah ditulis dan diterbitkan oleh DAP?" katanya.

Pua juga mempersoalkan jika parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan serta yang lain mempunyai peruntukan tertentu dalam perlembagaan parti mereka berhubung isu yang dibangkitkan oleh Najib terhadap DAP.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS