Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jawatan menteri pengangkutan keputusan BN, kata MCA

Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa perwakilan Umno agar menghormati mekanisme BN yang memutuskan lantikan jawatan berkenaan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah ketika perbahasan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno, semalam.

“Saya mencadangkan menteri pengangkutan kita beri kepada orang Umno.

“Banyak bos-bos kita yang di atas (pentas) ini yang layak.

“Kalau tak ada bos-bos kita yang kat atas, sahabat saya yang di bawah ini pun layak,” kata Ahmad lagi.

Sebelum ini, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein memegang portfolio itu selepas MCA memutuskan untuk tidak menerima sebarang jawatan kabinet berikutan keputusan buruk yang dicapai pada pilihan raya umum 2013.

Kata Liow lagi, pihaknya faham perhimpunan agung seperti itu menjadi platform demokrasi bagi mereka untuk menyuarakan pendapat masing-masing secara berterus terang.

"Kita tidak boleh mengawal (pendapat) tetapi saya fikir, mereka perlu menghormati mekanisme BN," kata Liow ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis tamat pengajian SJK Wangsa Maju hari ini.

Beliau berkata, tindakan menyalahkan antara satu sama lain dalam BN tidak akan membawa manfaat kepada gabungan itu.

"Saya ingatkan semua parti komponen BN, kita perlu menghormati antara satu sama lain dan bersatu," tambah beliau.

Apa yang BN perlu tumpukan adalah persiapan untuk pilihan raya umum akan datang, ujarnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS