PAU2016 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disaran menangkap pemberi rasuah dan bukan sekadar penerimanya.

Penceramah popular Syamsul Amri Ismail berkata gejala rasuah tidak akan berlaku sekiranya pemberi rasuah tidak wujud.

"Teruskan tangkap pemberi rasuah jangan tangkap penerima rasuah sebab tak ada orang beri tak akan dia terima," kata perwakilan Negeri Sembilan secara berseloroh.

Syamsul yang juga personaliti TV dan Youtube itu lagi, perwakilan Umno juga harus memperkuatkan pegangan agama dan menolak rasuah bagi memelihara kepercayaan yang diberikan kepada mereka.

"Jaga amanah elok-elok. Nabi s.a.w bersabda tidak beriman orang yang tak jaga amamah, dan tak beragama orang yang tak laksanakan janji.

"Jadi, tolak rasuah, terus berintegriti walaupun apa orang kata kepada SPRM.

"Biar kita teguh keimanan kita, 'nah RM50', (jawab) jangan rasuah saya, 'RM100' jangan cabar saya, RM500 awak dah melampau 'RM700' awak dah mula menguji kesabaran saya, RM1000 jangan cakap kuat-kuat," kata Syamsul disambut gelak tawa perwakilan.