Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Tindakan salah laku di sektor awam tak cukup drastik'

Kerajaan seolah-olah tidak bersedia untuk mengambil langkah-langkah drastik terhadap salah laku dalam sektor awam, kata bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan, Antarabangsa dan Industri Mohd Ridzal Sheriff.

Katanya, banyak isu didedahkan dalam laporan ketua audit negara setiap tahun tetapi tiada tindakan jelas yang diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.

"Jika anda lihat laporan audit negara, anda akan dapati banyak perkara yang terbongkar setiap tahun. Sesetengah daripadanya anda rasa tidak boleh dimaafkan, tetapi kita tidak tahu apa yang berlaku.

"Kita diberitahu orang-orang ini telah disedarkan atau ditegur, tetapi kita tidak benar-benar tahu apa yang berlaku kepada mereka.

"Apa yang biasanya berlaku ialah anda akan dapati penemuan audit tahun depan juga adalah sama...," katanya semasa pembentangan di Dialog Rakyat untuk perpaduan kebangsaan dan kesatuan di Persatuan Alumni Universiti Malaya Kuala Lumpur hari ini.

Ridzal, yang kini bekerja di sektor swasta, berkata tidak seperti dalam kerajaan, akibat daripada salah laku dalam sektor swasta adalah tinggi.

Jika mana-mana kesilapan ditemui semasa audit atau jika terdapat sebarang isu yang merosakkan reputasi syarikat, beliau berkata pegawai pengurusan kanan mungkin perlu meletakkan jawatan atau dipecat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS