JASA sedia berita pro-Umno terus ke telefon anda
Diterbitkan: Dec 6, 2016 9:12 AM | Dikemas kini: Dec 6, 2016 9:32 AM
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) kini menyediakan perkhidmatan ringkasan berita untuk pengguna telefon pintar serta menampilkan maklumat terkini pro-Umno.
JASA adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Perkhidmatan itu, yang dikenali sebagai "JASA Update” ditawarkan melalui khidmat pesanan WhatsApp. Untuk melanggan, seseorang perlu menghubungi nombor telefon untuk menyatakan minat mereka.
Pelanggan akan menerima empat ringkasan berita sehari, memaparkan artikel yang dihasilkan oleh laman web mesra-Umno seperti Agenda Daily, Utusan Malaysia, KL Express dan portal Majlis Ahli Parlimen BN atau BNBBC.com.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.