Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zaid: Sokong pinda akta kahwin untuk pastikan keadilan
Diterbitkan:  Dec 12, 2016 2:19 PM
Dikemaskini: 6:32 AM

Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim menggesa anggota-anggota parlimen untuk menyokong Rang Undang-Undang bagi meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (LRA) bagi memastikan keadilan untuk semua rakyat.

"Untuk berlaku adil kepada orang lain adalah dengan lakukan kepada mereka apa yang kamu ingin mereka lakukan kepada kamu.

"Jika kamu mahu orang lain bersikap munasabah, maka anda juga harus munasabah," katanya dalam posting blognya hari ini.

Rang Undang-Undang LRA bertujuan menamatkan penukaran agama kanak-kanak secara unilateral dan akan dibentangkan di Parlimen pada Mac depan.

Dewan Undangan Negeri Perlis, bagaimanapun meluluskan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006, yang membenarkan hanya seorang daripada ibu bapa mengislamkan anak mereka.

Zaid menimbulkan soalan kepada mereka yang mengundi menyokong pindaan itu di Perlis, dengan bertanya bagaimana jika penukaran agama berlaku sebaliknya.

"Bagaimana mereka rasa jika ibu bapa bukan Islam boleh secara unilateral menukar agama kanak-kanak Islam kepada agama Hindu atau Kristian?

"Mereka akan kata ini tidak adil. Seluruh negara akan menjadi haru biru," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS