Mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui hari ini sama ada beliau akan dibebaskan daripada sabitan kes Liwat II atau menjalani baki hukuman penjara yang masih tinggal 16 bulan lagi.

LAPORAN LANGSUNG

12.25pm: Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail muncul dan disambut orang ramai yang menunggu di luar bangunan mahkamah.

"Saya lihat ramai masih berpegang teguh kepada prinsip perjuangan kita sehingga saat ini. Semua ini membantu menguatkan semangat saya.

"Saya ingin kongsikan bahawa kita tidak harus sama sekali patah semangat," katanya dengan tenang.

Bagaimanapun ada penyokong di belakang Dr Wan Azizan kelihatan tidak dapat menahan perasaan dan menitiskan air mata.

Sejurus selepas itu anak Dr Wan Azizah, Nurul Izzah Anwar, mengambil giliran berucap.

"Harapan (untuk Anwar dibebaskan) sebelum ini begitu besar, sekarang (saya) agak kecewa.

"Sepanjang hidup Anwar, kira-kira 11 tahun dihabiskan di belakang jeriji besi dan apa yang diberikannya kepada keluarga bukanlah kekayaan tetapi nilai perjuangan.

"Ini bukan penamat. Saya berjanji kita akan terus melawan," katanya.

11am: Mengenai rantaian persampelan, hakim juga berpendapat ia bukanlah isu berkaitan keadilan. Justeru permohonan berhubung aspek berkenaan tiada merit dan ditolak.

11.15am: Di luar Istana Kehakiman Naib Presiden PKR Tian Chua mengumumkan keputusan permohonan Anwar di depan kira-kira 200 penyokong yang kebanyakannya terdiam dan menampakkan kekecewaan.

Walaupun Anwar tidak bebas tetapi rakyat tetap mempunyai kuasa. Kuasa ini di tangan kita. Kitalah yang memberi kuasa kepada pemimpin di atas dan kerajaan.

"Jadi sekarang kita harus (ambil) kuasa ini daripada Najib, daripada pemimpin kerajaan BN. Ini adalah ikrar kita.

"Kita tidak akan berundur, kita tidak akan berganjak dan kita akan teruskan perjuangan ini," katanya.

Kenyataan itu disambut dengan pelbagai laungan, termasuk "Hancur BN", "Turun Najib" dan "Bebas Anwar". 

10.50am: Kata hakim aksi liwat seperti dalam penghakiman Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, menurutnya, isu kesilapan penilaian adalah di luar bidang kuasa mahkamah.

Beliau berkata Saiful Bukhari Azlan bercakap dalam beberapa pertemun terdahulu dan isu itu tidak dibangkitkan sebelum ini di depan panel sebelumnya.

Beliau juga menambah cecair KY bukanlah isu untuk mempersoalkan tempat kejadian jenayah berlaku.

Menurut hakim integriti tempat jenayah berlaku juga tidak menjadi isu walaupun permaidani berada di unit lain kerana ada bukti ia dipindahkan.

10.41am: Hakim berkata tiada merit atas hujah Anwar mengenai kenyataan media dibuat perdana menteri kerana penghakiman bertulis dibuat sebelum itu.

Mengenai persoalan sama ada ia adalah hak untuk berbuat demikian, katanya, ia di luar bidang kuasa mahkamah.

Zulkefli juga berkata tidak ada merit bagi hujah Anwar bahawa pendakwa bersifat berat sebelah.

Ia tidak mempunyai merit dan dakwaan salah laku ke atas pendakwa raya dan tidak ada penegasan dibuat bagi dakwaan tersebut.

Kata hakim, Shafee dilantik dengan sewajarnya dan bependapat beliau layak, sesuai dan tidak ada konflik kepentingan.

10.40am: Untuk seketika ucapan-ucapan yang dibuat di luar bangunan mahkamah berhenti seketika kerana sebahagian daripada orang awam melakukan solat hajat.

Penyokong Anwar bersembahyang di atas hamparan sejarah yang disusun kira-kira 10 minit sebelumnya.

Terdahulu, sebelum berhenti rehat Chua memberitahu mereka, keputusan sedang dibacakan namun belum sampai kepada kesimpulannya.

10.35am: Hakim Zulkefli menambah bahawa mereka telah mengambil maklum hujah dari pendakwa bahwa satu semakan semula di India adalah lebih liberal berbanding dengan Malaysia.

Beliau berkata, mahkamah boleh menggunakan budi bicara untuk menyemak semula tetapi ini dilakukan dengan berhati-hati.

Hakim Zulkefli berkata sesuatu semakan semula boleh dibenarkan apabila terdapat ketidakadilan prosedur. Ini adalah dalam skop yang terhad untuk mencegah ketidakadilan.

10.27am: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang megetuai pasukan pendakwa, memasuki bilik mahkamah.

Hakim Zulkefli kini membaca Peraturan 137 bagi mendengar sebarang arahan untuk mengelakkan sebarang ketidakadilan dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Beliau berkata ini tidak memberikan apa-apa kuasa kepada mahkamah untuk menyemak keputusannya sendiri dan beliau memetik kes Asean Paper Mills.

10.23am: Hakim Zulkefli berkata ini adalah satu semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan. Beliau berkata perayu telah membangkitkan isu ketidakadilan.

Hakim membaca halaman 30 penghakiman. Beliau berkata, bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan Perkara 128 tidak menyediakan mahkamah untuk menyemak semula keputusannya.

10:19am: Mahkamah bersidang. Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum tidak kelihatan.

Hakim Besar Malaya Hakim Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, berkata makcik Richard meninggal dunia dan beliau menghadiri pengebumian.

Tiga hakim lain ialah Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim

Menurut Zulkefli, penghakiman ke atas Anwar adalah sebulat suara dan 62 muka surat panjang. Dia mula membaca keputusan.

10.12am: Hanya empat kerusi yang diperuntukkan khas untuk para hakim yang boleh dilihat.

Sebahagian daripada pengawal penjara telah beralih semula ke bilik sebelah, manakala beberapa pengawal yang lain berada dalam bilik mahkamah.

10.05am: Anwar sedang berbincang dengan peguamnya, Sri Ram, Surendran, Ram Karpal, Sivarasa Rasiah dan Latheefa Koya.

Pendaftar mahkamah memberitahu peguam bahawa prosiding akan bermula tidak lama lagi.

9.51am: Anwar dibawa masuk ke dalam bilik mahkamah dan disambut oleh penyokong dan ahli keluarga.

Terdapat 17 pengawal penjara mengiringi beliau, bersama-sama dengan kira-kira empat anggota polis berpakaian seragam.

Juga di mahkamah ialah bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.

9.50am: Kumpulan Otai Reformis yang pro-Anwar, yang berjumlah kira-kira 200 orang di luar kompleks mahkamah.

Mereka membawa sepanduk serta laungan yang kuat 'Bebas Anwar' dan 'Lawan Tetap Anwar'.

9.35am: Antara pemimpin pembangkang yang kelihatan di mahkamah ialah MP Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Amanah, Ketua PKR Pahang Datuk Fauzi Abd Rahman dan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Saifuddin Abdullah.

Galeri awam sudah penuh sesak.

9.30am: Terdapat kira-kira 100 penyokong Anwar berkumpul di luar Istana Kehakiman.

Sesetengah daripada mereka mengunjungi gerai-gerai di kaki lima sambil mendengar ucapan, manakala yang lain sedang duduk. Lebih ramai penyokong dilihat tiba di tempat tersebut.

Di tangga yang berdekatan, Naib Presiden PKR, Tian Chua mengulangi dakwaan bahawa dakwaan terhadap Anwar sama seperti penganiayaan politik, dan menggesa penyokong untuk meneruskan perjuangan mereka tanpa mengira apa jua keputusan hari ini.

9.28am: Pengawal Penjara dilihat memasuki pintu tepi tetapi Anwar masih tidak kelihatan.

Beberapa minit sebelum itu, siren polis kedengaran, mungkin isyarat ketibaan Anwar dari penjara Sungai Buloh.

Wan Azizah dan anak perempuannya Nurul Ilham sedang bercakap dengan seorang pengawal penjara.

9.18am: Presiden AMANAH Mohamad Sabu bersama dengan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengambil tempat duduk dikhaskan untuk orang ramai.

Anwar, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di penjara Sungai Buloh, belum dibawa masuk ke dalam bilik mahkamah oleh pihak polis.

9.07am: Pemimpin parlimen DAP Lim Kit Siang memasuki bilik mahkamah dan kelihatan berbual dengan Wan Azizah dan Datuk Saifuddin Nasution, setiausaha agung PKR yang baru menggantikan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli bulan lepas.

8.57am: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba, bersama dengan anak perempuannya.

Turut kelihatan di dalam bilik mahkamah ialah MP Sungai Petani MP Datuk Johari Abdul dan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman.

8.52am: Peguam utama Anwar yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram berjalan ke dalam bilik mahkamah dan bersalaman dengan pendakwa.

8.30am: Petugas media, bersama dengan timbalan pendakwa raya dan orang ramai, dibenarkan memasuki bilik 2 Mahkamah Persekutuan.

Petugas media duduk di sebelah kiri mahkamah dan di sebelah tengah dan kanan, disediakan untuk orang ramai.

Peguam Latheefa Koya dan N Surendran, yang juga ahli Parlimen Padang Serai, sudah berada di mahkamah, bersama dengan DPP Ahmad Kamal Md Shahid, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Wan Shaharuddin Wan Laden.

Antara mereka yang berada di situ termasuk Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong.

8.15am: Menjelang keputusan mahkamah, Penyelaras Bebas Anwar, Yusmadi Yusoff menyeru pembebasan segera bekas timbalan perdana menteri itu.

Katanya mereka menggesa Mahkamah Persekutuan untuk mempertimbangkan sepenuhnya dan secara adil membincangkan kes itu yang setakat ini menurutnya, telah dibelenggu dengan banyak anomali dan tidak konsisten, bukti DNA yang boleh dipersoalkan dan mengganggu bukti kritikal.

Katanya, soalan-soalan yang berkaitan dengan mengapa penuduh itu bersama dengan perdana menteri beberapa hari sebelum kejadian itu masih tidak terjawab.

Terdapat lebih banyak soalan daripada jawapan dalam kes ini, katanya dalam satu kenyataan.

7.50am: Kawasan di sekeliling kompleks mahkamah telah ditutup dengan penghadang besi dan anggota beruniform dilihat berkawal di situ.

Beberapa penyokong PKR berada di luar kawasan letak kereta.

[Baca berita penuh]