Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa tiga pemilih memutuskan menarik balik permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pendengaran setempat untuk proses persempadanan semula di Setiawangsa.

Penarikan balik itu dibuat susulan SPR akhirnya mengakui bantahan 110 pemilih, bukan 81 orang, terhadap amalan itu.

Ia sekali gus melayakkannya untuk mendapatkan pendengaran setempat, melalui sepucuk surat bertarik 25 November.

“Kami telah arahkan peguam kami menarik balik permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 18 November lepas,” kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

“SPR setuju menjalankan pendengaran untuk kawasan parlimen Setiawangsa.”

Tiga pemilih – R Nalina Nair, Azman Abdullah and Sung Jin Sheng – sebelum ini mahu mahkamah mengarahkan SPR menjalankan pendengaran itu bagi mendengar bantahan mereka.

Mereka dibantu oleh PKR dalam saman itu.

Keputusan hari ini direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan.

SPR diwakili oleh hakim kanan persekutuan Amarjeet Singh dan hakim persekutuan Azizah Md Arshad.

Amarjeet juta bertugas sebagai ketua bahagian sivil di Pejabat Peguam Negara.

Fahmi menuntut SPR memberi jawapan lebih terperinci berkaitan pengubahan sempadan pilihan raya di kawasan itu.

Beliau juga mahu SPR mendedahkan identiti pakar topografi dan kaedah diguna pakai mereka supaya proses itu lebih telus, adil dan terbuka kepada kritikan.

[Baca berita asal]