BERITA Malaysiakini

Api kemarahan menyala di kedutaan Rusia

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Orang ramai berhimpun di di hadapan Kedutaan Rusia di Jalan Ampang, Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan terhadap konflik berterusan di Aleppo, Syria.

Mereka memohon penghapusan kaum dihentikan di kawasan itu, selain mengutuk peranan Rusia di dalam serangan itu.

Himpunan hari ini disertai oleh Aman Palestin selain sensasi Internet Abdul Rani Kulup Abdullah yang mendesak Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) campur tangan meredakan keadaan.

Kekejaman perang yang turut melibatkan orang awam di Aleppo turut dikecam masyarakat global.