Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
HARAPAN terlalu banyak 'kalau', kata Salleh Keruak
Diterbitkan:  Dec 16, 2016 7:06 PM
Dikemaskini: 11:09 AM

Pakatan Harapan (HARAPAN) perlu mendedahkan kabinet bayangannya sebelum bercita-cita tinggi membentuk kerajaan Persekutuan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

"Jika perkara mudah seperti kabinet bayangan yang menjadi amalan dalam sistem kerajaan Westminster tidak boleh diselesaikan, bagaimana mahu beranjak kepada perkara lebih besar?," tanya beliau.

Beliau yang juga bendahari agung Umno berkata demikian sebagai mengulas persoalan siapa yang akan menjadi perdana menteri sekiranya HARAPAN memperoleh kuasa Persekutuan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ahli politik veteran itu berkata, rakyat tidak suka terbabit dengan keadaan tidak menentu tetapi inilah yang blok pembangkang itu tawarkan kepada mereka.

"(Naib Presiden PKR) Rafizi Ramli kata, kalau HARAPAN menang PRU14, (mantan ketua pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri kalau semua ahli HARAPAN terima beliau dan kalau Yang di-Pertuan Agong memaafkan dan kalau Anwar dibebaskan dari penjara dan kalau ada pilihan raya kecil dan kalau Anwar menang dalam pilihan raya kecil dan sebagainya.

"Ada terlalu banyak 'kalau' dan satupun tidak boleh dijawab pada peringkat ini.

"Ini bermakna Rafizi meminta pengundi untuk pertamanya beri kuasa kepada HARAPAN dan kemudian, HARAPAN bekerja dalam keadaan banyak 'kalau' dan cuba menaikkan Anwar menjadi perdana menteri jika ia boleh berlaku," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS