Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

FOTO ESEI Tanpa rasa takut, kanak-kanak lelaki beragama Islam berusia antara empat hingga 12 tahun menghadapi upacara berkhatan di Balakong, Bandar Tun Hussein Onn Ahad lalu.

Mereka ini antara ribuan kanak-kanak lelaki di negara ini memulakan perjalanan ke alam dewasa.

Kebiasannya upacara berkhatan atau bersunat beramai-ramai ini diadakan ketika musim cuti sekolah.

Berkhatan adalah memotong bahagian kulup (lebihan kulit) di kepala zakar.

Bagi kepercayaan masyarakat muslim, kanak-kanak yang berkhatan lebih mudah untuk membersihkan diri terutamanya ketika membuang air kecil.

Ia kerana agama Islam menuntut umatnya membersihkan diri sebelum beribadat.

Penduduk Malaysia seramai 30 juta dan 60 peratus daripadanya adalah beragama Islam.

Kanak-kanak disembur air sebelum majlis berkhatan besar-besaran di Balakong, Bandar Tun Hussein Onn,Kuala Lumpur.

Seorang kanak-kanak lelaki menutup wajahnya dengan kain sarung ketika dikhatankan. Secara tradisional kanak-kanak lelaki akan memakai kain sarung selepas dikhatan sehingga sembuh.

Seorang bapa sedang menenangkan anaknya ketika proses berkhatan itu dijalankan di Balakong, Bandar Tun Hussein Onn,Kuala Lumpur.

Pegawai perubatan sedang mengkhatankan kanak-kanak lelaki Islam di Balakong, Bandar Tun Hussein Onn,Kuala Lumpur.

Seorang ibu menunjukkan video kepada anaknya untuk mengalih perhatian beliau semasa proses berkhatan.

Antara alatan yang digunakan pegawai perubatan untuk proses berkhatan.

Amirul Daniel, 4 menangis ketika proses berkhatan.

Kembar Muhammad Amjad Najdi Mohd Faisal (kiri) dan Muhammad Ammar Najdi Mohd Faisal, sedang berehat selepas dikhatankan.

Lihat Komen
ADS