Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ringgit merudum: Menteri kata jangan panik, akan pulih
Diterbitkan:  Dec 19, 2016 3:41 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani meminta semua pihak agar tidak panik kerana matawang tempatan mempunyai kekuatan untuk pulih.

"Kita tidak perlu panik.

"Kita mempunyai ekosistem yang boleh membetulkannya, memastikan kestabilan politik kukuh dan (berterusan) melaksanakan dasar yang tepat untuk memudahkan pelabur," katanya semasa ditanya mengenai kejatuhan ringgit kepada 4.4805 berbanding dolar AS awal hari ini.

Justeru, jelas beliau lagi, tambatan ringgit atau kawalan modal tidak perlu memandangkan Malaysia merupakan ekonomi terbuka, katanya, memetik laporan Bernama.

Johari berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian strategik antara Amanah Raya Bhd dan Kenedix Inc, Jepun.

Ringgit mencecah paras terendah sejak krisis kewangan Asia pada 1998 iaitu RM4.48 bagi setiap dolar AS ekoran aktiviti para pelabur yang secara berterusan menjual aset pasaran membangun.

Keadaan aliran keluar itu turut diburukkan lagi dengan tindakan yang disifatkan keras oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas spekulator mata wang pada bulan lalu, memetik laporan Bloomberg.

Mengulas lanjut, Johari berkata, dengan adanya semua faktor-faktor penting, ringgit akan kembali pulih.

Ringgit dan mata wang pesat membangun lain susut berbanding dolar AS berikutan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS pada Rabu lepas.

Rizab Persekutuan AS juga memberi petunjuk yang akan ada lebih banyak kenaikan kadar pada 2017.

Johari berkata jumlah kenaikan kadar faedah oleh AS bergantung dasar Presiden baharu Donald Trump dan Malaysia perlu menunggu perkembangannya.

Lihat Komen
ADS