74 wartawan terbunuh seluruh dunia pada 2016
Seramai 74 wartawan dan petugas media terbunuh di seluruh dunia pada 2016 dan majoritinya meninggal dunia akibat menjadi sasaran serangan, kata pemantau media, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) dalam bahagian kedua laporan tahunannya.
Afghanistan, Yaman dan Somalia adalah negara-negara di mana keselamatan dan kebebasan media adalah sangat berisiko pada 2016, kata ketua RSF di German kepada dpa.
"Tahun ini jumlah panggilan kecemasan daripada wartawan di Afghanistan kepada kami untuk meminta bantuan meningkat dengan jelas berbanding tahun sebelumnya kerana negara itu tidak dapat mengawal kebanyakan wilayahnya," kata Mihr.
Baki 21 wartawan terbunuh ketika mereka sedang bekerja di kawasan seperti zon perang, dan lima daripada mangsa adalah wanita.
Negara-negara yang paling berbahaya ialah Syria, Afghanistan, Mexico, Iraq dan Yaman.
Jumlah mangsa pada 2016 adalah lebih rendah daripada tahun lepas iaitu seramai 101 kerana ramai wartawan di negara-negara berkenaan terpaksa melarikan diri daripada bahaya.
Menurut RSF, seramai 348 wartawan sedang ditahan di seluruh dunia - peningkatan sebanyak enam peratus sejak tahun lepas.

