Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Cabul hak asasi: NGO hantar memo pada Suhakam
Diterbitkan:  Dec 20, 2016 3:22 PM
Dikemaskini: 8:10 AM

Dua buah NGO mahu siasatan dilakukan terhadap laporan pelanggaran hak asasi manusia oleh ketua polis negara dan anggota pasukan itu sebelum dan selepas perhimpunan BERSIH5, 19 November lalu.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menjalankan siasatan mengenai penahanan Maria Chin Abdulah dan beberapa ahli politik dan aktivis sosial yang dikaitkan dengan BERSIH5.

Maria yang juga pengerusi BERSIH mendakwa ketua polis negara dan anggotanya melakukan tindakan yang telah melanggar undang-undang hak asasi manusia.

"Semasa BERSIH5, polis membuat sekatan jalan raya di sekitar Dataran Merdeka dalam usaha untuk menghalang kenderaan dan penyokong BERSIH berhimpun.

"Mereka juga menghalang pembesar suara dan ambulan daripada masuk. Ini telah menjejaskan keselamatan peserta," kata Maria.

Maria ditahan bersama 16 aktivis politik pembangkang berikutan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur November 19 lalu.

Penahanan Maria di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) telah menyebabkan kritikan daripada banyak pihak, termasuk Suhakam.

Beliau ditahan selama 10 hari dan dibebaskan sebelum permohonan habeas corpus didengar.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suhakam Prof Aisha Dugan berkata badan itu akan menjalankan siasatan kerana percaya ia telah melanggar undang-undang asas hak asasi manusia.

Aisha juga mahu siasatan dilakukan terhadap prosedur operasi standard dalam mengendalikan tahanan-tahanan ini.

Beliau berkata penubuhan satu pasukan petugas untuk mendapatkan maklum balas daripada tahanan dan pegawai-pegawai juga diperlukan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS