Menjelang hujung bulan Disember, menjadi tradisi Malaysiakini untuk bersama-sama para pembaca mengimbau kembali berita terbaik dan terburuk sepanjang tahun ini.

Pada tahun ini, antara lain, kita melihat perubahan dramatik dalam landskap politik negara hasil kesan daripada skandal 1MDB yang berterusan.

Siapa sangka bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya yang bertukar menjadi seteru politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersalaman semula serta sedia bekerjasama?

Begitu juga, siapa yang menduga Umno dan PAS sudi bergandingan untuk memperkasakan undang-undang Islam?

Dan ketika PM Datuk Seri Najib Razak ‘dibersihkan’ oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, negara-negara lain bertindak ke atas pengubahan wang haram yang didakwa berkaitan dengan skandal 1MDB.

Ini termasuk saman sivil Amerika Syarikat untuk merampas semula aset bernilai AS$1 bilion dalam apa yang digambarkan oleh Jabatan Keadilan negara itu sebagai tindakan tunggal terbesar yang pernah dilakukan di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi.

Seperti tahun lalu, kami menyerahkan kepada pelanggan Malaysiakini untuk memutuskan 10 berita terbaik bagi 2016. Terdapat 19 kategori berita disusun mengikut abjad untuk undian tahun ini.

Pengundian dilakukan dengan menunjukkan keutamaan pilihan bagi setiap tajuk - '0' yang terendah dan '10' paling tinggi. Anda boleh memberikan nilai yang sama untuk lebih daripada satu tajuk.

Teruskan membuat pilihan anda sebelum kita melangkah ke tahun 2017.

Dan jangan lupa juga untuk mengundi 'Newsmaker of the Year'.

Sebagai penduan, Newsmaker tidak semestinya individu paling popular, tetapi seseorang yang secara konsisten menjadi tajuk berita, dan dalam berbuat demikian, memberi kesan kepada wacana awam dan memberi impak kepada politik Malaysia, sama ada bagi ke arah yang lebih baik atau sebaliknya.

Pada tahun ini, terdapat 16 calon. Anda buat pilihan. Hanya pelanggan berbayar yang boleh mengundi, masing-masing mempunyai satu undi.

Pengundian ditutup pada tengah malam 26 Disember, dan keputusan akan diumumkan pada 28 Disember

Jika anda belum mengundi, klik di sini.