Paling Popular
Terkini

Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan sekurang-kurangnya 70 cedera dalam satu letupan di pasar bunga api di luar Mexico semalam, kata pihak berkuasa tempatan.

Letupan itu adalah yang ketiga berlaku di pasar San Pablito yang popular di Tultepec, kira-kira 32km di utara bandaraya Mexico, dalam masa satu dekad.

Isidro Sanchez, ketua perkhidmatan kecemasan Tultepec, berkata, jumlah kematian tersebut adalah maklumat awal ketika pekerja penyelamat memeriksa seluruh kawasan tersebut. Kekurangan langkah-langkah keselamatan mungkin menjadi punca letupan itu.

Tweet polis persekutuan menyatakan jumlah orang yang cedera.

Stesen televisyen tempatan memaparkan letupan bunga api pelbagai warna meletup dalam semua arah pada awal petang manakala kepulan asap tebal dilihat di atas pasaran.

video lain menunjukkan orang ramai panik melarikan diri, manakala rakaman udara mendedahkan gerai yang hangus dan bangunan yang musnah.

- Reuters

[Baca berita penuh]

 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS