Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO rayu dana RM500,000 bantu rakyat Syria di Aleppo

Konflik kemanusiaan di Aleppo menarik perhatian pelbagai pihak bagi menyatakan simpati terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berlaku ke atas rakyat Syria.

Perkara itu mendorong Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menubuhkan sebuah NGO bersama iaitu Malaysian Life Line For Syria (MLLFS) bagi menghantar misi kemanusiaan ke negara bergolak itu.

Setiausaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata misi yang dinamakan “Misi Musim Sejuk 4.0” akan menghantar bantuan seperti kit musim sejuk, ubat-ubatan, makanan dan dana untuk pendidikan.

“ABIM menyaran rakyat Malaysia merujuk kepada NGO-NGO Islam yang berada di lapangan sebagai nara sumber utama bagi mengetahui keadaan terkini di Syria bagi kita semua maklum dengan maklumat yang tepat.

“Kita akan menghantar kit musim sejuk, ubat-ubatan, pendidikan dan bantuan makanan,” katanya dalam sidang media di Restoran Line Clear, Kampung Baru hari ini.

Faizal berkata, sumbangan tersebut akan disasarkan kepada rakyat Aleppo yang dipaksa keluar dari Idlit, Syria.

NGO yang bernaung di bawah MILLFS ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKKIM), Pertubuhan Kebajikan Nurul Iman (LOF), Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA), Pertubuhan Ilmu Malaysia (ILMU), Malaysia Reverted Muslim (MRM) dan Global Peace Mission Malaysia (GPM).

Selain itu pihak lain yang turut sama adalah Nasi Kandar Line Clear Kampung Baru, Yayasan Ta’lim, Alkhadeem, Pustaka Bushra, Baitulssalam, Arr Sunnah Management dan Rahyanah.

Berjaya kumpul RM200,000

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MLLFS Syahril Azfar Saleh berkata sehingga kini pihaknya sudah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM200,000, namun masih memerlukan dana tambahan sebanyak RM300,000.

“Kita sasar kutipan sebanyak RM500,000. Sehingga kini kita berjaya mengumpul sebanyak RM200,000 dan memerlukan sebanyak RM300,000 dalam dalam masa dua hingga tiga minggu ini,” katanya.

Jelasnya kumpulan misi kemanusiaan seramai lima orang itu akan berangkat ke Aleppo pada awal Januari tahun depan selama sebulan.

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai misi bantuan boleh melayari Malaysia4syria.org atau jika ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan kepada akaun Maybank 5648-1051-3971.

Lihat Komen
ADS