Penerbangan MH1 MAS patah balik ke London kerana masalah teknikal
Diterbitkan: Dec 22, 2016 4:50 PM | Dikemas kini: Dec 22, 2016 4:54 PM
Penerbangan MH1 Malaysia Airlines (MAS) dari London ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow, setelah mengalami masalah teknikal malam tadi.
Dalam kenyataan hari ini, MAS berkata Penerbangan MH1 yang menggunakan pesawat jenis A380-800 mengalami kecacatan teknikal pada satu daripada pintunya ketika terbang di ruang udara Jerman.
"Demi keselamatan penumpang, kapten penerbangan membuat keputusan berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow.
"Gegaran dan bunyi bising dari pintu itu bagaimanapun tidak mempunyai risiko serta-merta," kata kenyataan itu.
- Bernama

