Kekang politik kebencian terhadap Umno - Syed Ali
Politik kebencian melampau terhadap kerajaan dan pemimpin Umno jika tidak dikekang dikhuatiri akan merencatkan semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum dan menjejaskan kestabilan negara,Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Malah katanya,tindakan itu khususnya oleh parti pembangkang akan merosakkan sistem nilai dan amalan demokrasi di negara ini serta merencatkan semangat perpaduan rakyat dan menjejaskan kestabilan negara.
Menurutnya, walaupun sebahagian besar rakyat terutamanya orang Melayu tidak terpengaruh dengan perbuatan itu tetapi sedikit-sebanyak ini menghakis kebergantungan rakyat kepada sistem sedia ada.
"Kebencian melampau yang diterapkan menerusi serangan propaganda dan persepsi terhadap pemimpin Umno terutama membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan sesuatu yang serius," katanya yang dipetik blog Umno Cheras.
Syed Ali berkata, pembangkang menabur fitnah dan mencipta pelagai berita palsu untuk memburukkan pemimpin Umno agar tercetus kegelisahan dan kebencian umum.
Dengan bantuan media sosial katanya, sasaran fitnah terutama terhadap Najib diperbesarkan seolah-olah apa sahaja yang dilakukan perdana menteri tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat dan negara
“Saya kecewa dan amat sedih kerana apa sahaja dilakukan oleh Najib yang juga presiden Umno ditafsirkan secara negatif yang sarat dengan andaian dan persepsi jahat.
“Memang asasnya adalah satu pembohongan, dusta dan fitnah tetapi apabila disensasikan secara terancang, akhirnya ia dilihat seolah-olah sebagai satu kebenaran," katanya.
Najib katanya, tidak akan mmbuat sesuatu keputusan atau dasar sama ada membabitkan negara dan parti secara berseorangan malah terlebih mendapat pandangan dan keputusan secara kolektif
"Apabila rakyat mula mempercayai cerita tidak benar yang asasnya bersadurkan akar fitnah, lamat-laun orrang ramai berasa sistem nilai dan demokrasi negara ini sudah tercemar
“Walhal, tanggapan sedemikian adalah amat jelas sebagai tidak benar kerana Umno dan kerajaan yang ada hari ini terrmasuk pembangkang bergerak atas landasan demokrasi dan perlembagaan negara,” katanya.
Menurutnya, Umno tidak boleh memandang ringan gejala sedemikian kerana implikasinnya boleh mencorakkan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Beliau berkata, penerapan bibit-bibit kebencian bukan sahaja kepada rakyat dan akar umbi malah meresapi di kalangan goplongan pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS).
Menyedari perkembangan itu boleh memberi impak kepada kerajaan, beliau mahu jentera Umno melipatgandakan usaha memberi penjelasan dan penerangan.
"Kita (Umno) perlu lebih bersikap terbuka, beritahu rakyat secara telus dan apa juga majlis kepartian membabitkan kepentingan umum dibuat secara terbuka, biar rakyat tahu apa yang kita buat.
“PRU akan datang tidak menjanjikan persekitaran yang selesa kepada Umno walaupun kerajaan telah melakukan apa yang terbaik untuk kepentingan rakyat
"Akan ada satu golongan yang tidak tahu berterima kasih dan golongan inilah yang mudah dirasuk oleh pembangkang dengan elemen kebencian melampau terhadap Umno," katanya.

