Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KJ nafi serah surat peletakan jawatan berhubung 1MDB
Diterbitkan:  Dec 23, 2016 6:22 PM
Dikemaskini: 10:36 AM

Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menafikan bahawa beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan berhubung isu 1MDB seperti yang didakwa oleh bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Apa yang beliau kata, mengenai saya hantar surat peletakan jawatan, adalah tidak benar.

"Ketika beliau masih bersama Umno... Kita berjumpa, dan kadang-kadang dia menziarahi saya dan kami membincangkan isu-isu semasa, itu sahaja," kata Menteri Belia dan Sukan kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Mukhriz, yang kini Timbalan Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU), dilaporkan berkata bahawa Khairy mahu berundur kerana tidak puas hati dengan penjelasan mengenai isu 1MDB.

Menurut Khairy, beliau tidak faham mengapa Mukhriz membuat kenyataan seumpama itu, tetapi mungkin ia berkaitan perpaduan yang kuat ditunjukkan oleh ahli Umno pada perhimpunan agung tahun ini.

Mukhriz yang adalah bekas Menteri Besar Kedah, pada sebuah ceramah perdana sempena majlis perasmian ibu pejabat BERSATU Kedah, awal bulan ini mendedahkan bahawa Khairy pernah menghantar surat peletakan jawatan sebagai menteri belia dan sukan.

Beliau mendakwa peletakan jawatan itu dibuat kerana ketua pemuda Umno itu tidak bersetuju dengan penjelasan yang diberikan berhubung isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion pada tahun lalu.

Katanya pendedahan itu dibuat ketika dijemput seorang kenalan untuk berjumpa dengan Khairy secara sulit di rumahnya, pada tahun lalu yang bertujuan untuk menyatukan mereka berdua.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS