Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Diplomat dakwa cara Najib timbulkan risiko keganasan
Diterbitkan:  Dec 27, 2016 3:04 PM
Dikemaskini: 7:18 AM

The Diplomat, sebuah majalah antarabangsa yang berpangkalan di Tokyo, menghuraikan pendekatan berbeza dua pemimpin Islam di Asia Tenggara.

Menerusi kolum di majalah keluaran 24 Disember lalu, ia membandingkan pendekatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Indonesia, Joko "Jokowi" Widodo dalam mengenai isu Rohingya.

Penulis artikel berkenaan, David Hutt, berkata seorang daripada mereka dilihat cuba ‘bermain api’ di rantau ini dengan membenarkan isu Rohingya dirampas oleh kumpulan jihad antarabangsa.

Beliau berkata Najib, seperti yang didedahkan oleh akhbar Straits Times Singapura, cuba menjadikan isu berkenaan sebagai perjuangan agama bagi meningkatkan imej keIslamannya di negara.

Tetapi Jokowi, kata Hutt, walaupun menerajui negara Islam terbesar di dunia dan menghadapi ketegangan agama di Indonesia, memilih untuk tidak berbuat demikian.

"Hakikat beliau (Najib) secara eksklusif mengajak Jokowi (dan bukan pemimpin Asean lain) untuk bersolidariti dengannya dan masyarakat Rohingya adalah jelas menunjukkan sikapnya untuk menjadikan ini sebagai satu isu agama.

"Kita hanya boleh memuji Jokowi kerana tidak termakan umpan, yang pasti menggoda presiden Indonesia itu memandangkan ketegangan agama yang memuncak di negaranya.

"Malah, Najib juga cuba untuk mengapi-apikan ini ketika menyeru penunjuk perasaan yang berhimpun membantah terhadap Datuk Bandar Jakata, Basuki "Ahok" Purnama untuk turut mempertahankan Rohingya," petik artikel itu.

Ahok atau nama sebenarnya, Basuki Tjahaja Purnama yang beragama Kristian, kini dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menghina agama berikutan mengeluarkan kenyataan yang dianggap menghina Islam.

Hutt berkata politik berpura-pura menjadi naif Najib itu menimbulkan isu Rohingya menjadi masalah antarabangsa sedangkan ia wajar kekal menjadi isu tempatan.

"Dengan menjadikannya sebagai isu antarabangsa dan agama, seperti yang dilakukan Najib, ia bukan hanya menimbulkan risiko membahagikan kawasan antara Muslim dan Buddha, tetapi juga menggalakkan kumpulan asing bagi membantu perjuangan Rohingya untuk kepentingan mereka sendiri.

"Risiko ini menjadikan Myanmar satu lagi kawasan di peta untuk jihad antarabangsa," katanya.

Menurut artikel itu kumpulan Taliban di Afghanistan dan Pakistan, Al-Qaeda dan al-Shabaab, Somalia sebelum ini menyeru umat Islam untuk tampil membantu Rohingya.

"Dan dilaporkan pada tahun lalu IS telah cuba merekrut dari Rohingya,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS