Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
10 liputan terhangat 2016 – pilihan pembaca
Diterbitkan:  Dec 28, 2016 9:28 AM
Dikemaskini: 6:31 AM

Apa berita terpenting sepanjang 2016? Pelbagai orang pelbagai pandangannya, begitu juga dengan pembaca Malaysiakini.

Setelah dihidangkan 19 pilihan, seramai 1,393 pembaca mengambil bahagian dalam undian yang dikhaskan untuk pelanggan portal ini sahaja.

Undian dijalankan dengan memasukkan pilihan mata 1 (paling rendah) hingga 19 (paling tinggi).

Di tangga teratas adalah saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) untuk menyita lebih daripada AS$1 bilion aset berkaitan 1MDB.

Ini kali kedua berturut-turut skandal yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan negara itu menduduki tempat pertama.

Tahun lalu, pelanggan memilih liputan berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Di tempat kedua, isu nilai ringgit juga terus menjadi perhatian, seperti tahun lalu.

Liputan-liputan lain dalam senarai pilihan untuk pelanggan termasuk penjajaran semula parti-parti dan blok politik tanah air, BERSIH5 dan siri terkanan terhadap media.


Berikut senarai pilihan pembaca-pembaca Malaysiakini:

1. Isu saman DOJ, 1MDB dan 'derma' RM2.6 bilion – 12,519 mata

 

 

 

 

 

2. Kejatuhan nilai ringgit terendah sejak krisis kewangan Asia 1997 – 11,129

 

 

 

 

 

3. Subjudis menjadi halangan terhadap soalan berkaitan 1MDB, DOJ dan siasatan luar negara terhadap 1MDB - 10,667

 

 

 

 

4. Penjajaran semula parti dan blok-blok politik – Umno, PAS, BERSATU, AMANAH, DAP, Deklarasi Rakyat serta Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad. - 10,630

 

 

 

 

5. BERSIH5 – Dataran Merdeka ditutup tetapi orang ramai berarak ke KLCC. - 10,222

 

 

 

 

 

6. Tekanan terhadap media, penutupan The Malaysian Insider, serbuan pada Malaysiakini, pendakwaan mahkamah pada KiniTV serta tangkapan seniman dan kartunis. - 10,123

 

 

 

 

7. Persempadanan semula sempadan pilihan raya - 9,057

 

 

 

 

 

8. Dakwaan dana asing, Sosma dan tangkapan Maria Chin Abdullah - 9,032

 

 

 

 

 

9. Hukuman penjara 18 bulan terhadap pemimpin PKR Rafizi Ramli bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) - 8,608

 

 

 

 

10. Persaraan Tan Sri Abu Kassim Mohamed dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Tan Sri Zeti Zeti Akhtar Aziz dari Bank Negara. - 8,587

 

 

 

 

Esok: Pencetus berita 2016

Lihat Komen
ADS