Paling Popular
Terkini

Sebuah keluarga di Lorong Ikan Emas, Cheras menjadi sasaran gangguan ah long kerana hutang judi seorang anggota keluarga itu.

Dia berhutang dengan beberapa ah long sejumlah kira-kira RM300,000, dan sejak itu mereka menjadi sasaran pemungut hutang seperti rumah mereka dibakar, pintu pagar disimbah cat dan menerima ancaman lisan, kata Yee Tien Hou, saudara lelaki kepada si pemiutang itu.

Insiden terbaru berlaku pada 19 Disember apabila rumah mereka dibakar, dan kebakaran itu telah merosakkan sebuah motosikal, pagar, bumbung dan kabel elektrik.

"Beberapa hari sebelum ah long datang, dia telefon dan beri amaran kepada keluarga," kata Tien Hou.

Saudara lelakinya, yang berhutang wang kepada ah long, tidak lagi tinggal bersama keluarganya di Cheras selepas keluarganya memaksanya keluar dari rumah itu lapan bulan bulan yang lalu.

"Kami memintanya keluar dari rumah ketika kali pertama ah long datang dan menyimbah cat di rumah kami," kata Tien Hou.

Saudara lelakinya itu mula meminjam wang daripada ah long kira-kira tiga tahun lalu kerana tabiat berjudi.

Keluarga itu mula berdepan dengan gangguan apabila ah long menyimbah cat di dalam halamah rumah mereka kira-kira lima bulan lalu.

Mereka membantu membayar hutang sebelumnya tetapi mereka tidak mampu lagi untuk berbuat demikian.

"Dia meminjam wang sejak dua hingga tiga tahun lalu, sebanyak RM60,000 hingga RM70,000.

"Kami telah membantu membayar hutangnya sekitar RM35,000 dan kami tidak lagi dapat membantunya," kata Tien Hou.

Keluarga telah membuat laporan polis mengenai pelbagai gangguan dari ah long, tetapi mereka mendakwa tiada tindakan diambil.

Pengerusi Biro Pengaduan Awam Gerakan, Wilson Lau Hoi Keong mengadakan sidang akhbar hari ini menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut mengenai kes itu.

"Bagi pihak saya, saya akan membantu keluarga ini untuk bertanya kepada OCPD 'mengenai sebarang tangkapan dan adakah tindakan dari pihak polis?

"Kerana terdapat banyak nombor telefon yang diberikan oleh ah long pada risalah mereka, meminta ahli keluarga  membayar balik wang," kata Lau.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS