Warga kerja Malaysiakini mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2017 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada semua pembaca setia kami.
Kami mendoakan semoga tahun baru ini akan menjanjikan kemakmuran, perpaduan dan keharmonian yang berpanjangan buat kita semua.
Kepada mereka yang dalam perjalanan bercuti bersama keluarga, Malaysiakini mengingatkan anda agar sentiasa berhati-hati di jalan raya.
Sempena cuti tahun baru ini, Malaysiakini akan beroperasi dengan jumlah kaki tangan yang terhad.
Kami akan kembali semula dengan paparan laporan dan berita terkini seperti biasa esok.
