Malaysiakini
BERITA

ABIM saran anak muda perkasa modal diri hadapi 2017

Diterbitkan
Dikemaskini 2 Jan 2017, 11:16 tengahari

Anak muda disaran untuk berperanan dalam memperkasakan modal diri bagi menghadapi 2017 yang penuh mencabar ini.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, anak muda harus berperanan dalam mengetengahkan idea mereka ke arah masa depan umat Islam.

“Atas semangat zaman yang serba mencabar ini; generasi muda harus berperanan untuk menghembuskan nafas baharu dalam bentuk 'capital empowerment'."

"Gelombang kemandirian sosio-ekonomi yang bakal melayari tahun 2017 dan tahun-tahun mendatang menggamit generasi muda untuk berperanan untuk mengetengahkan idea, melakar serta memeta jalan ke arah masa depan yang sangat bermakna untuk umat Islam,” kata Mohamad Raimi dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, krisis kemanusiaan sejagat semakin getir dengan kemelut di Syria sudah melewati fasa baru yang menguji keprihatinan umat dan masyarakat sejagat.

Malah, jumlah pelarian dari seluruh dunia serta peperangan di Syria dijangka akan terus meningkat, ujar beliau.

Perkara itu turut memperlihatkan tragedi kemanusiaan membabitkan umat Islam Rohingya di sebalik berkembangnya bibit-bibit demokrasi di Myanmar, jelasnya.

Tambah beliau, ia termasuk advokasi serta tekanan masyarakat antarabangsa perlu ditingkatkan untuk membayangi keganasan serta jenayah kemanusiaan yang dilakukan di Syria, Rohingya, beberapa tempat lain.

“Umat Islam perlu ambil iktibar keberkesanan advokasi isu Palestin yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

“Di sebalik cabaran-cabaran yang menakutkan ini, umat Islam dan rakyat Malaysia tidak seharusnya berputus asa,” katanya.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.