Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isa ketawa anak sendiri difitnah isteri baru
Diterbitkan:  Jan 3, 2017 9:08 AM
Dikemaskini: 4:43 AM

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad sekadar ketawa apabila gambarnya berpasangan dengan seorang wanita muda tersebar akhir-akhir ini.

Dikaitkan dengan pernikahan baru, Isa, 67, berkata wanita terbabit adalah anaknya sendiri.

Katanya, gambar berkenaan dirakam ketika anak keduanya itu, Megawati, bertunang kira-kira lapan tahun lalu.

Menafikan beliau beristeri baru, Isa yang juga pengerusi Felda juga menganggap sebaran gambar berkenaan ada kaitan dengan kedatangan tarikh pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Saya ketawa bila melihat gambar ini, wanita itu anak saya dan gambar itu pun dah lama.

“Bila masa saya kahwin lagi? Nak dekat PRU ini macam-macam fitnah,” katanya seperi dilapor Sinar Harian.

Gambar itu memaparkan Isa tersenyum ketika beliau dipeluk seorang wanita jelita.

Kedua-dua mereka juga kelihatan memakain baju dengan warna sama.

Isa kini mendirikan rumah tangga dengan bekas ketua Puteri Umno Negeri Sembilan, Bibi Sharliza Mohd Khalid yang dinikahinya pada 2011 selepas isteri pertama beliau, Hazizah Tumin, meninggal dunia pada 2005.

Menurut Isa gambar sama pernah digunakan untuk memburuk-burukkan namanya ketika beliau bertanding pada pilihan raya kecil Bagan Pinang pada 2009.

“Sekarang ini zaman fitnah, saya nak nasihatkan orang jangan percaya pun susah sebab sekarang banyak sangat fitnah,” katanya.

Lihat Komen
ADS