Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Persatuan kontraktor mahu pekerja asing bayar levi
Diterbitkan:  Jan 9, 2017 2:42 PM
Dikemaskini: 6:45 AM

Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) mahu kerajaan mengalihkan bayaran levi kepada pekerja asing dan bukannya majikan.

Naib presiden persatuan itu, Sufri Mohd Zin pada sidang akhbar hari ini berkata adalah tidak adil dan tidak logik bagi majikan membayar levi bagi pekerja asing.

"Kita mahu pekerja asing membayar levi mereka sendiri. Jika majikan bayar levi, pekerja asing akan membawa wang kembali ke negara mereka sendiri," kata Sufri.

Beliau menambah wang yang digunakan untuk membayar levi pekerja asing perlu digunakan untuk menaik taraf dan menambahbaik industri pembinaan.

Persatuan itu menganggarkan dasar levi pekerja asing akan menyebabkan beban kewangan lebih RM2 bilion setiap tahun kepada kontraktor.

Presiden MBAM Foo Chek Lee berkata jika majikan membayar levi pekerja asing, tiada apa yang dapat menghalang pekerja daripada melarikan diri.

"Dasar ini akan menggalakkan mereka melarikan diri kerana mereka tidak berhutang dengan majikan.

"(Jika pekerja asing membayar levi mereka sendiri) Mereka perlu menjelaskan levi sebelum melarikan diri," katanya.

Persatuan itu juga mahu kerajaan memansuhkan Komitmen Mandatori Majikan (EMC) supaya tidak membebankan pemain industri pembinaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS