Bekas ahli PAS Za'aba Ibrahim terselamat daripada diisytihar muflis selepas orang ramai menghulurkan dana berjumlah lebih RM54,000 bagi membayar kos guamannya selepas beliau gagal dalam petisyen mencabar keputusan pilihan raya umum ke-13.

"Saya gembira, saya bersyukur," kata Za'aba ringkas tetapi riang ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau diarahkan membayar RM50,000 sebagai kos guaman apabila mahkamah persekutuan menolak rayuannya untuk membatalkan keputusan bagi kerusi Pulai.

Pertandingan tersebut dimenangi oleh calon BN Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang menewaskan calon PAS Salahuddin Ayub.

Pada masa itu, PAS bersetuju untuk membantu Za'aba dengan kos guaman selepas namanya digunakan parti berkenaan.

Walau bagaimanapun, PAS membiarkannya keseorangan apabila Za'aba mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu dan menyertai AMANAH.

Parti serpihan PAS itu kemudian membantunya mengutip derma dan setakat petang ini, mereka berjaya mengumpulkan RM54,431.76 pada petang ini.

[Baca berita penuh]