Harga getah melambung, tertinggi dalam 3 tahun

   

Pasaran getah Malaysia meneruskan peningkatannya apabila ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun, didorong prestasi pasaran hadapan komoditi itu di Tokyo selain kenaikan harga minyak mentah utama, kata peniaga.

Pasaran hadapan di Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM) yang juga penanda aras, mencecah paras tertinggi dalam tempoh hampir empat minggu susulan kebimbangan penggiat pasaran mengenai kemungkinan bekalan terjejas akibat bencana banjir di kawasan pengeluaran getah di Thailand.

Dalam pada itu, minyak mentah yang juga penanda aras global seperti Brent naik 0.39 peratus kepada US$53.85 setong manakala West Texas Intermediate menokok 0.35 sen kepada US$51 setong.

Pada tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 meningkat 26.5 sen kepada 956.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik lima sen kepada 656.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 menokok 17.5 sen kepada 969.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat enam sen kepada 659 sen sekilogram.

- Bernama

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In