Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Remaja hina TMJ gagal dalam rayuan kurangkan hukuman

Seorang emaja berusia 19 tahun yang didapati bersalah berhubung 14 tuduhan membuat komen bersifat jelek terhadap Tunku Mahkota Johor gagal dalam rayuannya untuk mengurangkan hukuman tahanan selama dua tahun di sebuah pusat pemulihan akhlak di Melaka.

Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri. Remaja berasal dari Tumpat, Kelantan telah menghabiskan masa selama empat bulan di pusat pemulihan itu dan tiga bulan di penjara.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh, yang mengetuai panel menolak rayuan yang dibawa oleh peguam Hassan Karim.

Beliau mencadangkan baki hukuman ke atas remaja itu diremitkan kepada bon berkelakuan baik atau supaya ibu bapanya membayar bon peribadi untuk menjamin tingkah laku yang baik.

"Kami sebulat suara dan berfpandangan bahawa Mahkamah Tinggi agak berlembut dan betul dalam mengubah hukumannya daripada menghabiskan masa di penjara kepada pusat pemulihan.

“Rayuan ini dibatalkan," kata hakim itu.

Hakim lain yang bersidang sama adalah Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Kamardin Hashim.

Pada Jun tahun lalu Amirul mengaku bersalah terhadap tuduhan menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dijatuhkan hukuman penjara satu tahun.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Johor Bahru, kemudian mengubah hukuman itu pada bulan September lalu untuk mengelakkan remaja berkenaan ditempatkan bersama banduan lain dan mengarahkannya dihantar ke pusat pemulihan Henry Gurney di Melaka sehingga dia berusia 21 tahun.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS