Keputusan kerajaan meminta majikan membayar levi yang dikenakan untuk mengambil pekerja asing, telah menimbulkan bantahan dari industri tersebut.

Lobi yang kuat telah mendorong kerajaan untuk melengahkan idea tersebut walaupun wujud kempen berterusan oleh kesatuan dan aktivis hak asasi manusia. (Pada masa ini levi dibayar oleh pekerja sendiri)

Aktivis berhujah menyokongnya. Ini terutamanya kerana kebanyakan pekerja asing sudah membayar ejen di negara masing-masing untuk datangh ke Malaysia.

Terdapat kira-kira dua juta pekerja asing kolar biru di Malaysia, terramai dari Indonesia dan Bangladesh. Manakala yang lainnya datang dari Nepal, India dan negara-negara Asean.

Dalam perbualan ringkas dengan Humans of Kuala Lumpur, tiga pekerja asing kolar biru di ibu kota berkongsi kisah mereka.

Nama saya Birkha. B-I-R-K-H-A. Ia bermaksud 'orang yang berani.

Saya membantu orang ramai. Saya beri wang kepada mereka yang tidak ada wang untuk bayar tempat letak kereta. RM1 atau RM2 - Saya tidak keberatan memberinya. Sesetengahnya datang semula dan bayar balik wang saya itu, dan ada yang tidak datang balik.

Untuk RM1 atau RM2, saya tidak keberatan memberinya. Jika mereka suka, mereka boleh bayar balik. Jika tidak, saya tidak kisah. Mungkin mereka terlupa.

(Ketika ditemui ketika memasang poster Hari Ibu)

Saya teringatkan ibu saya. Dia meninggal dunia ketika saya berusia tujuh tahun. Ayah saya tinggalkan saya dan adik-beradik saya yang lain tinggal dengan bapa saudara saya, supaya dia boleh datang ke Malaysia. Adik lelaki saya berumur lima tahun dan adik perempuan saya tiga tahun.

Ayah mohon untuk kerja di Malaysia sebelum ibu saya sakit. Dua hari sebelum penerbangannya ke Malaysia, ibu saya jatuh sakit. Dia kena gigit nyamuk putih (sic).

Bapa saya bekerja di sebuah kilang. Bapa saudara saya hubungi ayah memberitahu yang ibu saya semakin tenat. Ayah minta bapa saudara saya bawa ibu ke hospital sementara ayah mendapatkan kelulusan dari bosnya untuk pulang.

Tetapi bila ayah sampai, ianya sudah terlambat. Ibu sudah tiada.

Ayah bekerja di Malaysia selama tiga tahun sebelum pulang. Sekarang, Saya berusia 24 tahun dan dalam kontrak kerja dua tahun bekerja di Malaysia.

 

 

 

Saya datang dari Kemboja.

Setiap pagi saya memasak makanan di rumah dan pergi sekitar Kuala Lumpur untuk menjualnya. Tidak ramai orang yang berjualan seperti ini lagi.

Saya pergi mungkin ke 20 tempat pada waktu pagi, dan selesai sekitar jam 12 tengahari.

Saya kena pergi sekarang, perlu cepat, kerana banyak tempat nak pergi.

Cerita ini telah diterbitkan di laman Facebook Humans of Kuala Lumpur. Ia satu projek fotografi oleh Mushamir Mustafa, yang dipaparkan di Malaysiakini pada setiap hujung minggu.

[Baca berita penuh]