Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tak nyah senarai, saham FGV turun lagi
Diterbitkan:  Jan 17, 2017 11:39 AM
Dikemaskini: 3:40 AM

Saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) turun pada sesi pagi ini setelah berita tiada perbincangan untuk dijadikan syarikat persendirian.

Pada pukul 10.34 pagi, saham FGV susut tiga sen kepada RM1.72 dengan 3.47 juta saham bertukar tangan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, FGV menjelaskan bahawa tidak ada perbincangan untuk menjadikan FGV sebagai syarikat persendirian.

"Selepas membuat beberapa pertanyaan dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang merupakan pemegang saham utama, FGV dimaklumkan tidak ada perbincangan mengenai urusan itu di peringkat lembaga pengarah," katanya.

Syarikat perladangan ketiga terbesar dunia mengikut keluasan itu juga tidak menerima sebarang cadangan daripada pemegang saham yang lain mengenai perkara yang sama.

FELDA dan syarikat sekutunya secara kolektif memiliki pegangan terbesar dalam FGV pada 36.69 peratus.

Antara dana institusi yang masih memegang pegangan dalam FGV ialah Lembaga Tabung Haji (7.78 peratus, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (4.98 peratus) and Amanahraya Trustees Bhd (4.13 peratus).

- Bernama

Lihat Komen
ADS