Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Undang-undang baru bersih sisa pepejal oleh syarikat lain

Rang undang-undang biodiversiti baru akan dibentangkan di Parlimen pada bulan April untuk menangani masalah alam sekitar, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Rang undang-undang itu akan memastikan sisa yang dikumpulkan syarikat-syarikat sisa pepejal domestik dibersihkan oleh syarikat lain.

"Pada masa sekarang, tiada undang-undang untuk memaksa mana-mana syarikat supaya menghantar sisa pepejal kepada mana-mana pencuci lain, dia boleh cuci sendiri. Ini tidak disokong undang-undang.

"Kita kena buat pendekatan, dasar ini harus diubah.

"Peguam Negara baru sahaja bersetuju bahawa (bil ini) akan dibentangkan pada bulan April," katanya ketika menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu.

Rang undang-undang akan mewujudkan industri alam sekitar bagi pembersihan sisa pepejal, katanya.

Selain rang undang-undang biodiversiti, beliau berkata kementerian juga akan memperkenalkan dasar dan undang-undang berkaitan air.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS