Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiga anggota polis ditahan guna kereta klon mewah

Pasukan khas Bukit Aman menahan tiga anggota polis selepas mereka didapati menggunakan kereta klon mewah di sekitar daerah Serdang Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata anggota berpangkat Lans Koperal dan Koperal itu dtahan sepasukan anggota Jabatan Integriti dan Pemantauan Standard (JIPS) Bukit Aman di beberapa lokasi berasingan di Serdang selepas gagal memberi penjelasan perbuatan mereka.

Empat kenderaan mewah yang dirampas daripada anggota-anggota polis itu ialah dari jenama BMW 520i, Toyota Estima, Honda Accord dan Mini Cooper, katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelupusan Mesin Komputer Perjudian di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang hari ini.

Menurutnya ketiga-tiga anggota itu digantung sementara tugas sehingga
siasatan selesai.

"Kami sedang siasat sejak bila mereka menggunakan kereta itu dan bagaimama mereka menperolehnya," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang jika sabit kesalahan denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya. -Bernama

Lihat Komen
ADS