Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Khalid: 'Watak utama' serangan mungkin di kawad cam lain
Diterbitkan:  Jan 18, 2017 1:11 PM
Dikemaskini: 5:14 AM

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad tidak menolak kemungkinan bahawa anak timbalan menteri Datuk Tajuddin Abdul Rahman, yang dituduh mendalangi kumpulan yang menyerangnya di Parlimen, mungkin hadir pada kawad cam yang berbeza.

Khalid berkata polis mengadakan kawad cam untuk kes berkenaan pada 13 Disember lalu, yang tidak dapat hadirnya kerana berada di luar negara.

“Setakat yang saya lihat, anak timbalan menteri yang terlibat dalam serangan tersebut telah tidak hadir semasa kawad cam pada 10hb Januari itu.

“Mungkin dia dan ‘penyerang-penyerang utama’ hadir pada kawad cam pertama pada 13 Disember 2016,” kata pengarah komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) itu dalam satu kenyataan.

Pada Isnin lalu, Khalid memberitahu wartawan pada satu sidang akhbar bahawa mereka yang hadir di kawad cam berkenaan adalah hanya pemerhati insiden berkenaan.

Walau bagaimanapun, ketika dihubungi pada Selasa kemudiannya, beliau berkata apa yang dimaksudkannya adalah bahawa tiada kelihatan suspek utama kes rusuhan di luar bangunan parlimen pada November lalu.

Ini selepas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, semua 11 suspek yang ditahan berhubung kejadian itu telah hadir dalam kawad cam.

Pada kejadian 24 November lalu, Khalid diserbu sekumpulan penyokong Tajuddin dari Pasir Salak, Perak.

Ia berikutan pertikaman lidah membabitkan perkataan "sial" antaranya dengan Tajuddin selepas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani itu melabelkan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.

Tajuddin juga adalah ketua bahagian Umno Pasir Salak merangkap anggota parlimen kawasan berkenaan.

Polis kemudian menahan 11 suspek - termasuk tiga wanita - untuk membantu siasatan.

Seorang daripada mereka ialah anak Tajuddin sendiri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS