Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan sekumpulan bekas pekerja ladang untuk mendapatkan suatu pengisytiharan bahawa perobohan kuil Hindu adalah tidak sah.

Peguam mereka, P Uthayakumar, memberitahu pemberita tiga panel hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif memutuskan bahawa kes tersebut tidak memenuhi syarat untuk mewajarkan rayuan berkenaan didengar.

Hakim turut mengarahkan permohonan itu ditolak dengan kos RM10,000 dibayar kepada responden pertama - pemaju New York Empire Sdn Bhd dan Triple-H Auto Parts Sdn Bhd, serta RM1,000 dibayar kepada Pejabat Peguam Negara sebagai responden kedua.

Anggota lain dalam panel hakim terdiri daripada Tan Sri Ahmad Maarop dan Datuk Aziah Ali.

Responden pertama diwakili peguam Soon San San, manakala responden kedua diwakili Peguam Kanan Persekutuan Mazlifah Ayob.

Perayu dinamakan sebagai Maswin Ripit dan lima individu lain yang masih berada di dua lot tanah di Batu, Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita selepas keputusan itu, Uthayakumar mendakwa, anak guamnya tidak diberikan perbicaraan di mahkamah sejak kes itu bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2005.

"Anda lihat mereka ini telah tinggal di sana selama empat generasi, selepas dibawa ke sana oleh British. Mereka tinggal di sana, mereka meninggal dunia di sana, tetapi pemaju main kotor.

"Lihat pada nama-nama (perayu), anda boleh tahu mereka ialah warga Indonesia - Maswin Ripit dan empat yang lain. Semuanya nama-nama Indonesia.

"Mereka (responden) menamakan mereka dan mereka mendapat perintah mahkamah (untuk pengusiran setinggan).

"Mereka tidak pernah menamakan orang-orang ini (anak guamnya) sebagai berpihak (parties)," katanya merujuk kepada pekerja ladang daripada etnik India di Segambut Estate.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS