Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri bidas artikel cuba kaitkan Rosmah
Diterbitkan:  Jan 19, 2017 2:29 PM
Dikemaskini: 6:34 AM

Sebuah artikel di Sarawak Report yang cuba mengaitkan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - dengan wanita misteri yang menjadi penandatangan kepada akaun jutawan Jho Low sekali lagi menimbulkan kebimbangan mengenai penyebaran berita palsu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau berkata, ini membuktikan bagaimana pihak tertentu yang berkepentingan cuba untuk mempengaruhi persepsi orang ramai dengan menyebarkan berita palsu.

Menteri itu merujuk laporan Malaysiakini semalam yang menyatakan bahawa penandatangan misteri itu berkemungkinan adalah individu lain. Ini berdasarkan kenyataan daripada kenyataan Jabatan Peguam Negara Singapura serta butiran yang dinyatakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

"Tanpa menjalankan semakan, Sarawak Report berpendapat adalah wajar untuk menuduh Rosmah.

"Adalah kurang menyenangkan apabila organisasi media yang mendakwa memperjuangkan tadbir urus yang baik, memilih untuk mengabaikan prinsip asas kewartawanan.

"Ini sekali lagi menekankan kepentingan membezakan antara berita palsu, dan maklumat sebenar," katanya kepada Malaysiakini.

Minggu lalu, mahkamah Singapura diberitahu bahawa Low menggunakan nama samaran atau alias Eric Tan Kim Loong bagi tujuan membuka empat akaun di Falcon Private Bank.

Keempat-empat akaun Falcon itu di bawah nama Westfield Group Services Inc, Granton Property Holding Limited, Tanore Finance Corp dan Midhurst Trading Limited - semuanya milik Tan.

Berikutan itu, Sarawak Report, yang memetik sumber mendakwa penandatangan kepada akaun di Falcon Bank yang berkaitan 1MDB di Singapura yang dibuka oleh Low adalah seorang wanita.

Laman web itu membayangkan kemungkinan bahawa wanita itu adalah isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor. Ini menyebabkan peguamnya mengeluarkan penafian.

Bagaimanapun, Malaysiakini melaporkan bahawa penandatangan misteri itu kemungkinan adalah bekas eksekutif 1MDB Jasmine Loo.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS