Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bomba bantu kes 'anu' dalam botol
Diterbitkan:  Jan 20, 2017 1:26 PM
Dikemaskini: 5:29 AM

Seorang lelaki terpaksa menahan sakit apabila botol air mineral tersangkut pada kemaluannya sebelum diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat yang bertindak memotong botol berkenaan.

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, kejadian yang berlaku di Teluk Gong, Pelabuhan Klang pada jam 4 awal pagi tadi berlaku ketika lelaki tempatan berusia 21 tahun itu tidak tahan untuk membuang air kecil.

Menurutnya, setelah botol tersebut tersangkut, lelaki berkenaan kemudian cuba memotong sendiri botol air mineral itu menggunakan gergaji logam.

Namun, tindakan lelaki itu telah menyebabkan kecederaan pada kemaluannya dan mengakibatkan pendarahan yang banyak, kata Mohd Sani.

"Pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Balai Bomba dan Penyelamat Andalas dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 5.25 pagi.

"Botol air mineral berjaya dipotong dan dikeluarkan dari kemaluan lelaki tersebut dalam tempoh 10 minit dan mangsa diberi rawatan awal bagi menghentikan pendarahan sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan media.

Katanya lagi, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.34 pagi apabila mangsa selamat tiba ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Lihat Komen
ADS